Baru-baru ini, ada pelanggan datang butik kami dan tanya..
“Kain sini bidang berapa?” Macam biasa, admin pun jawablah kain kami jual semuanya bidang 60 hehe. Pelanggan pun tengok-tengok kain dan akhirnya cakap, “Bagi akak 4.5 meter lah, sebab bidang 60.”
“Akak nak buat baju apa? Baju melayu untuk cik abang ke?”
“Taklah, nak buat jubah akak jer.” Jawabnya.
“Eh akak, tapi kain ni kain pasang bidang 60.. Besar tau, lebar tau.. kalau 4.5 tu terlebih, akak boleh buat jubah dan siap boleh buat blouse lagi. Dapat 2 jenis baju kalau ambil 4.5 meter tu.”
Pelanggan tu macam tak percaya je.. Betul ke ni..
Betul! Sebenarnya buat jubah tu 3 meter pun dah cukup untuk akak yang bersaiz standard ni. Senang akak ni dengar, tak salah buat pilihan selepas bertanya.
Sebenarnya kami boleh bantu advice atau konsult cara pembelian jenis kain dan meter kain untuk akak.. jadi takdela akak ada masalah tersalah beli ukuran kain pasang.
Selain tu, kalau anda ada tailor, boleh tanya pendapat tailor sebelum datang ke kedai kain pasang. Kenapa tanya kepada tailor dahulu? Supaya tailor boleh beritahu berapa meter kain diperlukan untuk buat baju yang sis mahukan.
Kalau terkurang beli , habislah.. takut kain tu dah habis untuk next pembelian. nak beli, stok habis pula atau tak sama tone warna nanti. Kalau terlebih beli tiada masalah, jangan fikir rugi atau tak rugi. Paling rugi kalau kain tu tak cukup untuk buat baju, takkan kita nak tampal kain lain pula kan. heheh.
Jika sudah tanya pendapat tukang jahit, ikut sahaja berapa meter yang dia minta. Jika tidak tahu, konsultant kain pasang akan bantu anda dari segi menentukan ukuran meter.
Apa-apapun, tailor juga mungkin akan tanya apakah jenis baju atau design baju yang ingin kita buat.. ia termasuklah jenis fesyen. Jenis baju juga akan menentukan berapa meter kain yang diperlukan. Jadi, anda boleh tidur nyenyak setelah beritahu tailor jenis fesyen yang ingin dijahit beserta meter yang anda perlukan.
Tips Ukuran Meter Untuk Jenis Baju Bagi Kain Bidang 60
Sekiranya anda ingin buat apa jua jenis baju dan pening tak tahu nak beli kain pasang berapa meter, datang terus ke Butik Farrador. Kami sedia membantu anda.
Alamat Butik:
Farrador, 22 Jalan Usahawan 7, 53300 Setapak Kuala Lumpur.
Buka Setiap Hari, 9am-7pm.