Kain Pasang Pleated Kualiti Tinggi KL/Selangor

Assalamualaikum wbt,

Susah sangat nak cari kain jenis pleated sekarang ni, tambah-tambah kalau nak buat baju yang berfesyen sikit. Tapi alhamdulillah dekat Farrador memang ada kain pleated ni..

Ramai yang tak sabar nak tahu set pleated ada banyak warna tak dekat butik Farrador ni? Kain pasang pleated ni memang trending tau tapi sangat susah nak cari.

kain pasang pleated murah

Set pleated ada dalam 30 jenis warna di sini, kain pasang pleated original dan berkualiti tinggi. Kalau cari kain pasang pleated di Kuala Lumpur, boleh terus walkin ke Farrador. Tapi kalau jauh, boleh beli online terus sampai ke rumah sis.

Untuk pengetahuan sis, suatu masa dahulu, kain pleated adalah sejenis kain pasang yang sangat digilai ramai bahkan pereka fesyen dunia turut menggunakan style pleated sebagai salah satu busana dalam fesyen show ternama.

set pleated farrador

Kain pasang pleated yang berkualiti dan asli adalah menggunakan proses pleated yang betul dan original. Kesan sekiranya kita salah pilih kain pleated yang tidak original adalah apabila basuh baju, pleated tersebut akan mengecut atau berkembang ataupun pleated mudah terbuka.

Takut kalau bila dah pakai kali kedua dah tak cantik. Sebab itulah penting untuk pastikan kain pleated pilihan anda benar-benar berkualiti dan original.

Jom lihat antara kain pleated original dari Farrador. Set kain pleated Farrador digabungkan bersama kain plain. Jadi, anda boleh memilih sama ada untuk gunakan kain pleated sebagai kain atau baju atau gunakan kain pleated sahaja jadikan sepasang baju.

set pleated oren bata farrador
Set Pleated Oren Bata, Brick Orange dan Burnt Orange

Lengkap Untuk Set Sepasang Baju Dan Apa Jua Design

Seperti dalam gambar di bawah, set kain pasang pleated Farrador didatangkan dengan 2 jenis kain material yang sama iaitu kain plain (2 meter) dan kain pleated (2.5 meter). 1 Set adalah 4.5 Meter, jadi sesuai untuk buat pelbagai jenis design baju seperti baju kurung, baju kebaya, baju kebarung, dress, jubah, abaya dan macam-macam lagi.

kain pasang pleated

Kain Pleated Original Dan Kekal Bentuk

Kain pleated dari Farrador adalah kain pleated yang original dan kekal bentuk. Untuk pengetahuan sis, kain pleated di pasaran tidak sama kualitinya. Kain pleated yang original pastilah diperbuat dengan cara yang betul. 

Kain pleated Farrador diperbuat dari mesin pleated yang berkualiti di kilang, maka hasilnya sangat berkualiti tinggi dan original pleated. Prosesnya juga berjalan dengan lancar dan betul, ia mempunyai proses dari bermulanya kain dipotong, proses pleated dijalankan dan sehinggalah pleated telah siap.

Kain pasang pleated yang telah siap akan digabungkan dengan kain premium sebagai sepasang set baju dan kain. 

Ciri-Ciri Kain Pleated Dari Butik Farrador 

High Quality Pleated

Kain pleated kualiti tinggi atau high quality pleated ini tidak sama dengan pleated lain yang berada di pasaran. Ada pleated yang serupa bentuknya tetapi kualitinya tidak sama. Kualiti juga datang dari faktor jenis kain, Ada kain yang sedikit kasar dan ada yang lembut. Kualiti kain pasang Pleated farrador sangat lembut, flowy dan premium.

set pleated maroon lace b

Kain Bidang 60 

Kain Bidang 60 – Kain bidang 60 sangat besar untuk dijadikan sepasang baju dan pasti akan ada lebihan kain. Selalunya dengan membeli kain bidang 60, anda jimat banyak dari segi meter, tidak perlu lebihan kain.

Kain pasang atau kain premium yang akan digunakan untu k hasilkan kain pleated adalah berukuran bidang 60. Kedua-dua kain iaitu kain plain dan kain pleated (Sepasang set pleated dari Farrador ini) adalah berukuran kain bidang 60.

Set Pleated Farrador

Material Flowy, Lembut, Tak Jarang

Material set kain pleated ini keadaannya flowy, terjatuh elok, lembut dan beralun bila pakai. Ia menampakkan gaya yang terletak elok pada tubuh badan. Material kain pasang pleated Farrador ini juga dihasilkan dari material Premium Crepe. 

Premium Crepe adalah material yang tidak jarang, tidak terlalu nipis, tidak panas dan sangat-sangat selesa. Paling penting adalah ia sejuk apabila kita memakainya di kenduri, majlis atau dimana sahaja. Ini adalah sebab utama kenapa kain Premium Crepe menjadi pilihan utama bagi ramai orang. Material kain pleated Farrador ini membuatkan anda selesa ke mana sahaja.

set pleated premium original

Teknik Pleated Original 

Kain pasang pleated dari Farrador menggunakan teknik pleated original di mana proses pleated dilakukan dikilang dengan mesin pleated sebenar. Selesai proses pleated, kain pleated akan disediakan dengan rapi dan dihantar ke Butik Farrador. Kami membuka pleated yang dihantar dengan cara yang betul supaya tidak rosak dan pleated terbentuk dengan lebih cantik lagi.

set pleated grey lace b
Set pleated premium kualiti

Pelbagai Pilihan Warna 

Kain pleated Farrador terdiri daripada pelbagai jenis warna menarik seperti warna pastel, bold, terang dan lain-lain lagi. Hampir 30 jenis warna pilihan yang boleh anda pilih seperti warna kuning, mustard, nude, lavender, purple, putih, royal blue, navy blue dan banyak lagi. Beritahu sahaja warna pilihan anda, pasti kam bantu buatkan.

Selain dari 30 warna yang sedia ada, kami juga mempunyai 300 warna pilihan untuk anda yang ingin mencari kain mengikut warna tema anda. Selain belian secara per unit (individu), sekiranya anda ingin mencari kain untuk majlis, kami juga sedia membantu.

Sesuai Untuk Pakai Sedondon

Jika ingin buat baju sedondon, beli kain yang sama warna dan sama jenis material adalah solusi terbaik untuk anda. Jika beli material yang berbeza, warna akan sedikit lari dari yang asal. Tetapi jika semua pakai jenis material dan warna yang sama, ia lebih cantik, kemas dan nampak Wow dalam gambar.

Dari segi jenis baju, terpulang kepada tuan baju untuk design kain pilihan mereka. Farrador membantu anda mendapatkan kain dan material yang sedondon untuk digayakan beramai-ramai. 

set pleated sedondon
Set Pleated Sedondon

Pilihan Lace / Renda Untuk Lebih Menarik

Set kain pleated Farrador didatangkan bersama renda / lace untuk menjadikan baju anda lebih menarik. Terdapat 2 jenis lace atau renda yang boleh anda pilih. Renda ini sesuai letak dimana untuk buat baju? Ini adalah antara idea yang boleh kita lakukan.

  • Lace / Renda diletakkan di bahagian bawah baju sekelilingnya supaya sekeliling baju bahagian bawah baju mempunyai renda depan dan belakangnya.
  • Lace / Renda ini juga boleh diletakkan di bahagian lengan kiri dan kanan , baju akan nampak lebih cantik dan menyerlah.
  • Sekiranya kain pleated dijahit menjadi kain, anda akan mempunyai lebihan kain tersebut. Lebihan kain pleated ini boleh dijadikan hiasan untuk diletakkan di bahagian lengan juga sekiranya tidak mahu letak renda. 

Banyak lagi design dan pattern baju yang menarik boleh dibuat. Yang penting kain pleated berkualiti dan jahitan yang kemas, akan menghasilkan baju yang cantik.

Lebih 30 Warna Pilihan Set Pleated Farrador

kain pasang set farrador
set pleated farrador

SET PLEATED BOLEH IRON ATAU SETERIKA TAK?

Kain pleated tak perlu iron tapi kalau nak iron pun boleh tiada masalah. Boleh saja, tapi pastikan guna steam iron ya! Pleated takkan mudah terbuka.

Kalau sis nak set pleated yang berkualiti dan cantik-cantik, terus tekan link dibawah ini sementara stok masih ada. Nak beli banyak sedondon atau untuk majlis kenduri pun boleh.

Tekan butang dibawah untuk pilihan Set Pleated kegemaran anda.

SET PLEATED (TANPA LACE)

SET PLEATED LACE B

SET PLEATED LACE C

Beli di SHOPEE

Alamat Butik: 22 Jalan Usahawan 7, Setapak 53300 Kuala Lumpur

    Comments are closed

    Contact Us
    Copyright © 2023 Farrador. All rights reserved. [B]
    When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
    0
      0
      Your Cart
      Your cart is emptyReturn to Shop
      Chat Kami Sekarang
      1
      Ingat Kain , Ingat Farrador
      Hello 👋
      Boleh Kami Bantu?