KAIN PASANG WARNA OREN BATA,BRICK ORANGE DAN BURNT ORANGE

Majlis atau raya, ramai yang tengah cari kain pasang warna oren bata, brick oren dan burnt orange sekarang ni. Sedar atau tidak, dah jadi satu trend. Semua nak pakai warna oren bata, brick orange atau burnt orange. Sebenarnya, ketiga-tiga warna ini sama atau tidak ya?

Kali ini, admin Farrador nak share ngan korang tentang warna oren bata, burnt orange dan brick orange ni. Sebelum tu, tengok dulu gambar di bawah ni.. Agak-agak terpikat tak? Hehe..

kain pasang burnt orange
Set Kain Pasang Warna Oren Bata, Brick Orange dan Burnt Orange dari Farrador

Cantik kan? Ramai sangat yang datang Butik Farrador untuk dapatkan kain pasang warna brick orange, oren bata atau burnt orange ni tau. Ada yang datang tanya warna oren bata, ada yang datang cari brick orange dan ada yang nak sangat beli kain warna burnt orange. Beza atau tidak warna-warna ni? Sini admin nak bisik dekat telinga korang.. hiihi.

Perbezaan Warna Oren Bata, Brick Orange Dan Burnt Orange

Kain pasang warna oren bata, brick oren dan burnt oren ini sangat popular pada tahun 2023 dan 2024 ini. Sebenarnya ketiga-tiga warna ini adalah warna yang sama. Ha, lepas ni kalau orang cakap oren bata, sama je maksudnya brick orange tu.

Admin cadangkan kalau korang cari kain pasang warna tersebut, dan mempunyai contoh sample kain, korang boleh bawa ke kedai kain untuk matchingkan. Kalau sebut nama warna, takut tak sama sebab ton warna kain pasang adakala berubah-ubah. Tapi jika tidak ada sample kain, korang boleh je tunjukkan gambar warna yang korang nak, Farrador boleh bantu matchingkan dan dapatkan. Oh ya, jika tak ada gambar warna pun takpe, bagitau je nak warna apa… Farrador bantu anda 🙂

Contohnya, kalau kain pasang warna oren bata material satin, ia tidak sama warna ton nya dengan kain pasang material jenis crepe. Maksudnya, hanya material yang sama sahaja akan dapat ton warna yang sama. Sebab itu, kalau korang nak buat sedondon sekeluarga, gunakan material fabrik jenis yang sama.

Kain Pasang Premium Crepe dari Farrador

Jenis Pakaian Sesuai Untuk Kain Pasang Oren Bata, Brick Orange, Burnt Orange

Kain pasang warna oren bata, brick orange dan burnt orange dari Farrador ini sesuai untuk buat banyak jenis pakaian terutamanya baju perempuan. Untuk baju lelaki, admin suggestkan anda boleh guna material fabrik cotton Premium Farrador. Selain itu, satin premium kami juga sangat sesuai untuk buat baju lelaki terutamanya baju nikah, baju bertunang, baju raya, baju majlis dan lain-lain lagi.

Kain oren bata kegemaran ramai ni? hehe, mestilah boleh juga buat baju kurung, baju jubah, dress, baju melayu dan lain-lain lagi. Jenis baju yang berfesyen pun boleh tau.

Bukan itu sahaja, Farrador juga ada Set Pleated untuk para wanita yang nak nampak cantik berseri-seri ketika majlis wedding, bridesmaid, keluarga pengantin dan lain-lain lagi. Kami suggestkan buat baju guna kain plain dan bahagian kain boleh guna kain pleated. Sangat lawa 😀

Set Pleated Farrador Warna Oren Bata, Brick Orange Dan Burnt Orange

Kain pleated adalah kain yang dicustomkan menjadi corak pleated atau jalur-jalur. Zaman dulu-dulu memang popular dengan kain jenis ini, malah dikatakan kain yang agak mahal. Zaman sekarang, fesyen pleated ini sudah mampu dimiliki dan sangat trending.

Apa sahaja jenis design baju boleh ditambah pleated untuk kelihatan lebih cantik. Sempena trend warna tema Oren bata, Brick Orange dan burnt orange ini tengah hot dan meletops sekarang ni dekat Malaysia, sangat rugi kalau korang tak pilih untuk buat baju guna SET PLEATED OREN BATA.

set pleated oren bata farrador

Alang-alang buat set pleated ni, rugi kalau tak letak lace atau renda sekali. Letak lace atau renda memang akan menampakkan lebih eksklusif dan cantik selepas siap jadi sepasang baju. Tak percaya? Sis kena try!

kain pasang burnt orange
Set Pleated Pilihan Lace B dan C

Di Farrador, kami siapkan set lengkap untuk sis dapat sekali dengan lace / renda. Lebih jimat lebih berbaloi. Set pleated tanpa lace pun ada. Oh ya, jangan lupa cepat-cepat hubungi Farrador sebab warna oren bata, brick oren atau burnt oren ni tengah laris sekarang ni.

Butik Farrador, Setapak Kuala Lumpur

Jika anda tinggal berdekatan dengan Setapak atau Kuala Lumpur, jemput datang ke Butik Farrador. Datang terus untuk melihat pelbagai jenis kain pasang premium dan baju ready to wear. Mengejutkan semuanya dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik tau. Memang best sangat!

Butik Farrador dibuka pada hari isnin – ahad (setiap hari) pada jam 9 pagi sehingga 7 malam.

Sekiranya ada sebarang persoalan, boleh hubungi kami di Whatsapp.

kedai kain pasang farrador
Imej via [farrador]
kedai kain pasang farrador
Imej via [farrador]
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Contact Us
    Copyright © 2023 Farrador. All rights reserved. [B]
    When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
    0
      0
      Your Cart
      Your cart is emptyReturn to Shop
      Chat Kami Sekarang
      1
      Ingat Kain , Ingat Farrador
      Hello 👋
      Boleh Kami Bantu?